Cara Daftar Akaun CHIP (OnPay)

Selamat datang ke CHIP! Daftar mudah, tak sampai 10 minit pun 😉


CHIP Collect membantu anda mengutip bayaran secara online dengan cepat, selamat, dan dilengkapi dengan pelbagai ciri hebat untuk menyokong perniagaan anda.

Kaedah pembayaran yang tersedia serta caj transaksi disenaraikan di www.chip-in.asia/collect.  

Anda perlukan:

  1. Perniagaan yang berdaftar dengan SSM atau pihak yang berkaitan.
  2. Akaun bank perniagaan atas nama syarikat.
  3. Apabila kedua-dua perkara diatas telah disediakan, sila teruskan pendaftaran seperti dibawah.

Daftar akaun melalui CHIP

  1. Pergi ke https://www.chip-in.asia?ref=ceb9e9f2 dan klik Start Now.
  2. Masukkan alamat emel. Sahkan anda bukan robot dan klik ‘Start Now’.
  3. Semak emel anda (termasuk folder spam/junk). Klik Continue Onboarding.
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik Continue
  5. Pilih modul pilihan anda.  
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan
  7. ATAU pilih Skip to Trial Account dan teruskan proses onboarding anda kemudian.

Senarai dokumen yang diperlukan

1.⁠ ⁠MyKad / Pasport pemilik perniagaan, rakan kongsi, atau pengarah
2.⁠ ⁠Penyata bank akaun syarikat / organisasi terkini 
3.⁠ ⁠Dokumen Statutori SSM (CHIP akan mendapatkan dokumen ini secara automatik semasa proses pendaftaran)

atau

Dokumen Statutori ROS (salah satu atau semua dokumen berikut):

• Notis / Sijil Pendaftaran
• Undang-undang Persatuan / Kelab / Pertubuhan
• Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan

4.⁠ ⁠Gambar premis perniagaan — termasuk papan tanda, bahagian dalam dan luar premis

5.⁠ ⁠Gambar produk / inventori
6.⁠ ⁠Lesen khas (jika ada)
7.⁠ ⁠Bil utiliti terkini atau perjanjian sewa

8.⁠ Kriteria laman web:

• Polisi pemulangan bayaran (refund policy)
• Polisi privasi (privacy policy)
• Polisi penghantaran / pemulangan (shipping / return policy)
• Alamat perniagaan dan maklumat untuk dihubungi

Note: Untuk FPX dan DuitNow, hanya perkara 1 hingga 3 diperlukan.

Tips:
  1. Simpan progres anda dan sambung semula pada bila-bila masa.
  2. Click to Auto-fill ialah butang pintas untuk mengisi maklumat pendaftaran SSM secara automatik.
  3. Untuk ruangan Website URL, anda boleh masukkan pautan media sosial perniagaan sekiranya tidak mempunyai laman web.
  4. Untuk proses onboarding dan pengaktifan yang lebih cepat, pilih FPX dan DuitNow QR.
  5. Maklumat khidmat pelanggan anda akan dipaparkan di halaman pembayaran.

 ↓

 ↓

 ↓

 ↓

 ↓

 ↓

ATAU pilih “Skip to Trial Account”

Share your love
CHIP Merchant Service
CHIP Merchant Service
Articles: 54